GOL pemain skuad bola sepak negara, Safawi Rasid ketika Harimau Malaya menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 dalam aksi persahabatan Rabu lalu disifatkan cukup berkualiti.
Malah bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyokong sekiranya gol ketiga pasukan kendalian Kim Pan-gon itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas.
“Kalau ikutkan gol itu merupakan satu gol yang cantik dan cukup berkualiti. Kita pun jarang-jarang dapat tengok kualiti teknik yang dipamerkan Safawi, tiga touch cara dia control.
“Dia menyambut bola dengan kaki kanan kemudian menimbang dengan kaki kiri, sambil memusingkan badan sebelum merembat ke gawang lawan dengan kaki kiri.
“Sekiranya ada peluang untuk kita calonkan itulah yang terbaik dan tidak salah untuk kita calonkan kali ini. Andai rezeki Safawi dengan jaringan itu dia boleh jadi pemain kedua dari Malaysia selepas Faiz Subri sebelum ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.
Terdahulu jaringan Safawi ketika membantu Harimau Malaya mengatasi Kepulauan Solomon 4-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada Rabu mendapat perhatian media antarabangsa.
Media antarabangsa laman sesawang bola sepak terkenal, Bleacher Report Football (B/R Football) mencadangkan jaringan gol ketiga minit ke-77 bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas FIFA.
Menerusi ciapan ringkas di media sosialnya, B/R Football memuat naik jaringan Safawi berserta kapsyen “Tambah Safawi Rasid ke senarai Puskas.”
Mengenai sentuhan penyudah pemain berusia 26 tahun itu bersama skuad Harimau Malaya, Akmal Rizal antara pemain tempatan yang pernah berkelana di Eropah pada 1999 percaya kualiti anak jati Dungun, Terengganu itu akan bertambah baik.
Katanya, bukan mudah untuk seseorang pemain tempatan menjadi pemain import bagi saingan liga negara luar.
“Namun apabila Safawi mendapat call up bersama skuad Harimau Malaya dan kemudian membalasnya dengan jaringan cantik sedemikian itu satu motivasi.
“Saya percaya selepas ini confidence level dia lebih tinggi dan bermotivasi untuk menggalas cabaran bersama pasukan kebangsaan.
“Selepas ini apabila Safawi bermain dengan pasukan JDT atau pasukan lain, dia akan lebih matang dan lebih baik berbanding dia sebelum ini,” katanya.
Sebagai rekod, Safawi sebelum ini dipinjamkan JDT ke kelab liga Thailand, Ratchaburi FC, pernah dipinjamkan ke kelab liga Portugal, Portimonense SC pada 2021, berkelana ke Thailand sejak Disember lalu.
Dalam pada itu, Akmal yang kini pengendali skuad Bawah 23 Tahun Penang FC menitipkan nasihat kepada Safawi, “Teruskan jadi yang terbaik jangan berasa terlalu selesa kerana karier ahli sukan profesional ini merupakan satu proses yang berubah-ubah mengikut peredaran masa.
“Tapi saya percaya dalam pasukan JDT, tiada para pemain yang akan merasa selesa kerana setiap pemain perlu bersaing untuk mendapatkan tempat.
“Sekiranya pemain sedikit terleka sememangnya memang tiada tempat dalam pasukan. JDT merupakan tempat terbaik dan sesuai untuk Safawi meningkatkan prestasinya.
“Dia takkan ada masa untuk merasakan dirinya selesa di JDT, kerana saingan di situ cukup sihat dan sengit dan saya percaya dia akan jadi yang terbaik.” - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 17 2023
Pawi meraikan jaringan gol ketiga Harimau Malaya ketika berdepan Kepulauan Solomon dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada Rabu. - Foto Facebook FAM
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Gol Pawi bukan biasa-biasa
Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyokong sekiranya gol ketiga pasukan kendalian Kim Pan-gon itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas.